“Ya Allah ! Kesian baby dalam perut tu…Tak Takut Gugur Ke?”- Video isteri Sharnaaz Ahmad yang sarat mengandung makan durian dikecam teruk netizen

| April 13, 2018 | 0 Comments

“Ya Allah ! Kesian baby dalam perut tu…Tak Takut Gugur Ke?”- Video isteri Sharnaaz Ahmad yang sarat mengandung makan durian dikecam teruk netizen

Berita kehamilan pasangan Noor Nabila dan suaminya, Sharnaaz Ahmad amat mengembirakan kerana Nabila kini sedang hamil anak sulung dan usia kandungannya mencecah 5 bulan. Kakak kepada pelakon Neelofa itu juga meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun mereka mendirikan rumah tangga.

 

 

Baru-baru ini, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya apabila beliau merakam isterinya yang sedang menikmati seulas durian.

Namun, rata-rata netizen telah menegur Nabila kerana beliau yang kini hamil 5 bulan dengan selambanya makan durian yang dikhuatiri akan memberi effect kepada kandungannya itu.

Video yang dimuat naik oleh Sharnaaz itu, rata-ratanya telah mendapat teguran dari netizen kerana Nabila sedang makan durian dan ia adalah makanan ‘panas’ dan boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Begitu juga dengan makanan seperti tapai.

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan video tersebut.

 

“Jangan makan banyak sangat…”


Ibu mengandung tak elok makan durian.

Terdahulu..

Isteri Hamil, Sharnaaz Bakal Timang Cahaya Mata

Sharnaaz Ahmad (kiri) dan Noor Nabila. Foto SAMUEL ONG/The Star

PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad bakal menimang cahaya mata apabila isterinya Noor Nabila mengumumkan perkara itu di Instagram pada petang Khamis.

Kakak kepada pelakon Neelofa itu meluahkan rasa syukur terhadap rezeki yang dikurniakan selepas hampir setahun berumah tangga.

“Alhamdulillah, berkat doa semua kami dikurniakan rezeki dan anugerah terindah dari Allah SWT.

“Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan bayi sihat sempurna Insyaallah,” tulisnya.


Berita gembira mengenai kehamilan itu dikongsi di akaun Instagram milik Noor Nabila.

Terdahulu pada 28 Januari lalu, pasangan ini mendapat perhatian netizen apabila memuat naik foto di sebuah pusat perubatan di sini.

Foto tersebut turut menerima ucapan tahniah beberapa rakan artis.

Sharnaaz bergelar suami kepada Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Hotel Royale Chulan, di sini.

Sumber :gempakviral


Category: Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *