Tak habis-habis nak bagitau bini dia dulu buruk…

| January 10, 2018 | 0 Comments

Sekarang ini, jadi trend di kalangan pengguna laman media sosial untuk mempamerkan kebahagian mereka, baik bagi mereka yang masih bercinta ataupun yang sudah berkahwin.

Mungkin ada kalanya, terlampau kerap berkongsi tentang kebahagian seperti dapat membuatkan orang lain menjadi annoyed dan tersinggung tanpa sengaja.

Begitulah nasib yang dialami oleh Hafiz Mahamad apabila beliau dikatakan terlampau kerap berkongsi gambar-gambar ‘bahagia’ di antara beliau dan isteri di Instagram setelah ramai yang pada mulanya mengagumi akan ‘kemanisan’ beliau ini sudah mula berasa bosan dan meluat seperti apa yang dialami oleh seorang pengguna Twitte ini.

Menurut Nur Afiqah Noor Azizy‏, sikap Hafiz yang terlampau kerana kerap memuatnaik status yang seseolah ‘mengungkit’ tentang jasa dan kejayaan beliau yang melakikan transformasi kepada wajah isterinya yang buruk suatu ketika dahulu dan bertukar menjadi cantik sudah melampaui batas dan patut diberhentikan serta-merta.

Nur Afiqah kemudiannya telah meninggalkan komen yang berbunyi “Satu je nak tanya. Buruk sangat ke Aina dulu sampai banyak kali nak remind dulu dia buruk?”

Namun tak disangka-sangka, komen yang ditinggalkannya itu menyebabkan beliau telah di-block oleh kedua-dua suami isteri.

 

Selalu mcm tak kisah sgt pun pasal hafizmahamad niiii tp kali ni too much! Tak habis2 nak bagitau bini dia dulu buruk! And dia lah yg ‘cantikkan’ bini dia. Pastu jenis dia kata kat org takpa tp org kata dia, sentap weh. Terus laki bini block LOL 😂

Tengah tengah shopping barang dapur. Bini aku jalan depan, aku jalan belakang tolak trolley. Eh tiba tiba ada 1 mamat ni dia boleh senyum senyum gatal dekat bini aku nak ngorat

Bila dia toleh je dekat aku mmg aku sound “bini orang pun nak try eh” sambil tunjuk jari yang masih merah lagi berinai

Ape ingat aku senang nak ngurat bini aku ni dulu? Time gemuk, jerawat, laki laki ni taknak ngorat 🤣. Ni aku dah 5 tahun stay barulah dapat dia cun cun mcmni

Haa pe lagi, senyum senyum kt bini aku mmg aku bg setepek. Gi stay dekat gf jaga sampai lawo, ni tak kene taste sikit nak try perempuan lain, lepastu perempuan tu jadi lawo terus nyesal

Sumber


Category: Trending

Leave a Reply