Suami Cacat Akibat Kemalangan. Isteri Lari Kahwin Dengan Lelaki Lain. Selepas 3 Tahun Si Isteri TERDUDUK Melihat Perubahan Bekas Suami.

| April 14, 2018 | 0 Comments

Ini adalah kisah seorang gadis cantik dan bertuah yang merasakan kehidupannya akan kekal cantik serta bertuah buat selama-lamanya.

Saya dan suami berasal dari kampung yang sama dan telah bertemu dan dijodohkan oleh seorang pencari jodoh. Suami saya seorang yang jujur, berkulit gelap dan tidak banyak bercakap. Seorang yang sedikit kelam kabut dan kekok serta pemalu.

Sebab utama saya berkahwin dengannya ialah kerana keluarganya mempunyai perniagaan besar di bandar dan kehidupan mereka di kampung boleh dikatakan paling baik di kalangan penduduk kampung yang lain. Kami telah dipertemukan oleh seorang pencari jodoh di kampung. Pada waktu itu, saya dianggap gadis paling cantik di kampung dengan rupa paras menawan dan suami saya terus terpesona melihat saya.

Ibu bapa saya telah meminta wang hantaran perkahwinan sebanyak 100,000 yuan (RM61,000) dan permintaan itu tidak ditolak dan ditawar oleh mentua saya. Sebaliknya, mereka telah meminta pencari jodoh menghantar wang tersebut pada hari yang sama dan saya telah berkahwin dengan suami saya pada malam itu juga. Ibu bapa saya berasa sangat gembira apabila mereka melihat wang yang banyak di hadapan mata.

Begini caranya bagaimana saya berkahwin. Hubungan saya dan suami selepas kami berkahwin amat baik sekali. Suami saya seorang yang sangat jujur, bijaksana dan amat mahir menjalankan perniagaan. Tugas saya hanyalah menjadi isteri yang menjaga rumahtangga dan mendidik bakal anak-anak kelak.

Suatu hari, rakan kongsi perniagaan suami saya telah datang ke rumah kami. Namanya Ah Liang dan rupanya amat kacak dengan sikapnya yang lucu. Semasa sedang makan malam, Ah Liang secara rahsia telah melihat wajah saya dan dia telah membuat diri saya berasa malu. Selepas undangan makan malam itu, Ah Liang telah datang melawat saya beberapa kali dan dia juga memberi hadiah kepada saya apabila suami saya berada di rumah. Ah Liang telah memuji suami saya kerana pandai mencari isteri yang cantik.

Hari yang indah itu tidak berakhir selamanya. Pada satu hari, semasa dalam perjalanan atas urusan perniagaan, suami saya telah mengalami kemalangan yang dahsyat. Dia telah dibawa ke hospital dan berada dalam keadaan koma kerana mengalami pendarahan dalam otak. Demi untuk memulihkan suami saya, keluarganya telah menghabiskan hampir kesemua wang simpanan mereka sehingga perniagaan suami saya juga telah terpaksa dijual untuk membiayai rawatan perubatannya.

Akhirnya, suami saya telah berjaya diselamatkan dan kembali sedar, tetapi keadaan kakinya yang telah hancur menyebabkan ia terpaksa dipotong. Kami berasa sangat sedih dengan nasib malang yang tiba-tiba menimpa.

Kini suami saya telah menjadi sebahagian daripada golongan kelainan upaya. Saya perlu berada bersamanya selama 24 jam setiap hari untuk menjaga keperluan dan kebajikannya. Keluarga kami tiba-tiba menjadi miskin dan berhutang keliling pinggang. Memikirkan kehidupan kami yang sukar telah menyebabkan diri saya menjadi sedih dan kecewa. Kini air mata sering menjadi teman dan mengalir di pipi ini.

Kemudian, Ah Liang telah muncul dan menuturkan kata-kata manisnya kepada saya. Selepas berbual dengan pertemuan mesra, hati saya telah menjadi tersentuh dan jatuh cinta kepadanya.

Saya telah membuat keputusan dan mengumumkan kepada suami dan keluarganya bahawa saya ingin meminta cerai dari suami saya yang telah cacat. Jadi selepas perceraian, saya telah meninggalkan bekas suami untuk mengikut Ah Liang.

Melihat kepada bekas suami dan mentua, saya dapat merasakan yang mereka menjadi sangat kecewa dengan keputusan yang telah dibuat oleh saya. Pada hari dimana saya telah bersedia untuk meninggalkan bekas suami dan mentua, saya telah dapat melihat rasa kebencian di mata mereka. Saya berkata kepada diri, “Nasib baik saya tidak mempunyai anak dengan bekas suami, jika tidak perceraian ini tidak mungkin berlaku.”

Saya mengikut Ah Liang dan berpindah ke bandar. Pada mulanya, Ah Liang sangat baik dan mencarikan tempat tinggal untuk saya. Saya bertanya kepadanya, “Bila kamu mahu menceraikan isteri kamu supaya kita boleh mendaftarkan perkahwinan?” Katanya, tidak lama lagi. Ah Liang mencarikan saya kerja di kedai rakannya sebagai penasihat pembelian.

Namun begitu, hubungan saya dengan Ah Liang hanya bertahan selama tiga tahun. Dalam masa tiga tahun, saya tidak menerima apa-apa berita daripada bekas suami. Selama menjalinkan perhubungan tiga tahun itu bersama Ah Liang, saya dapat merasakan yang dirinya telah banyak berubah sedikit demi sedikit. Ah Liang selalunya akan datang melawat saya setiap hari tetapi kini dia sudah menjadi bosan dan akan hilang beberapa hari atau tidak muncul selama beberapa minggu.

Pernah sekali, Ah Liang menjadi sangat marah dengan meninggikan suara hingga menurunkan tangannya kepada saya. Saya dipukul dan perbuatannya membuat diri ini berasa sangat sedih dan air mata mengalir lagi. Tetapi tidak mengapa, saya tidak mengharapkan wang saraannya. Saya sudah bekerja dan mampu mencari mempunyai wang saraan sendiri.

Semalam, saya menemui seorang yang saya pernah kenal dengan rapat di jalanan dan apabila saya menumpukan perhatian kepadanya, saya melihat dia adalah bekas suami saya. Apa yang membuatkan diri ini berasa keliru dan bertanya kepada diri ialah bekas suami saya sudah boleh berjalan semula dengan kakinya yang telah kudung dahulu. Dia yang telah keluar dari kereta BMW keluaran terbaru nampak berlainan dari dahulu. Semasa bertentang mata, kedua-dua kami berasa sangat terkejut.

Bekas suami saya telah berjalan ke arah saya dan menyapa saya dengan baik sambil bertanya khabar kehidupan saya di bandar.

Saya menjadi sangat terkejut dan bertanya kepadanya, “Kamu apa khabar? Kaki kamu sudah bertambah baik sekarang?”

Bekas suami saya berkata, kini dia telah boleh berjalan kembali dengan memakai kaki palsu yang membolehkan dirinya dapat bergerak bebas tanpa pertolongan orang lain.

Selepas saya meninggalkannya, dengan penuh tekad, bekas suami saya telah berusaha untuk bangkit sekali lagi. Dengan hubungan yang baik bersama rakan seperniagaan, bekas suami telah dapat memulakan kembali perniagaannya secara beransur-ansur sehingga berjaya. Kini perniagaannya bertambah maju dan semakin berkembang. Dia baru sahaja membeli kereta BMW yang dibawanya itu. Katanya, tidak lama lagi dia akan melangsungkan perkahwinan sekali lagi dan telah menjemput saya menghadiri majlis perkahwinannya.

Apabila saya mendengar berita ini, saya tidak dapat menahan perasaan sebak dengan berlalu pergi sambil menutup muka dan mengalirkan air mata. Saya mengimbau kembali kehidupan selama tiga tahun yang singkat bersama Ah Liang dan berasa sangat menyesal kerana telah berlaku curang. Jika saya masih kekal meneruskan kehidupan bersama bekas suami… mungkin kehidupan saya akan menjadi lebih baik!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna! Adalah menjadi perkara biasa manusia tidak pernah menghargai waktu indah yang pernah dilalui dan tidak dapat bertahan dengan sedikit dugaan dan kesukaran yang sedang diuji sehingga mencari peluang kesenangan yang sementara tanpa berfikir secara matang. Menyalahkan nasib orang lain tanpa melihat dan memikir nasib sendiri akan selalu membawa kerugian kepada diri sendiri.

Kredit : puncakdunia.today  via suaramedia

Category: Terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *