‘Siang hari pun kau berani’ – Suspek didakwa cabul dan cuba merogol kanak-kanak berusia 6 tahun

| December 5, 2017 | 0 Comments

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun nyaris menjadi mangsa rogol lelaki gila seks, viral di media sosial. 

Dalam kejadian pada waktu siang di Taman Megan Setapak, Ahad lalu, mangsa, ditarik, diselak kain dan dicabul oleh suspek yang berusia lingkungan 30-an. 

Menurut saksi, Zureta Rahman, mangsa yang merupakan anak kepada kakitangannya sebelum itu bermain dengan anak-anak jiran. Pada masa yang sama, ibunya sedang sibuk melayan tetamu yang datang. 

“Anak staff saya berumur enam tahun, hampir dirogol oleh lelaki ini dalam kejadian Ahad lepas di kedai kami. 

“Mangsa tengah bermain dengan anak-anak jiran sebelah rumah di sekitar kawasan kedai kami. Kebetulan pada masa itu, ibu mangsa ada tetamu. 

“Sebelum kejadian, ibu mangsa baru panggil/jenguk anaknya dan berpesan jangan main jauh-jauh. Tapi memang anak dia tak pernah bermain jauh dari kawasan kedai itu. Selalunya mesti dalam kawasan yang boleh dilihat oleh ibunya,” katanya. 

Bagaimanapun, suspek didakwa telah menarik mangsa sebelum menyelak kainnya dan kanak-kanak perempuan berkenaan. 

Kebetulan pada waktu itu, salah seorang kakitangan Zureta yang ternampak kejadian itu terus menyergah dan menangkapnya serta dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

“Mangsa sempat ditarik, diselak skirt dan dicabul oleh lelaki ini. Mujur Allah selamatkan mangsa. Kebetulan salah seorang staff saya baru sampai dari tempat event dan nampak kejadian itu, terus disergah dan menangkap lelaki ini. 

“Kes dah dibawa ke Balai Polis Wangsa Maju dan dirujuk ke IPK. Hati-hati ye kawan-kawan,” katanya. 

Berdasarkan maklumat daripada jiran-jiran, suspek seringkali dilihat berkeliaran di kawasan itu dan dipercayai terlibat dengan kes kecurian bateri kereta. 

Malah suspek juga pernah dipercayai pernah diviralkan di media sosial sebelum ini atas tuduhan cuba merogol pelajar sekolah menengah. 

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan agar tidak membiarkan anak-anak keluar bermain tanpa pengawasan orang dewasa bagi mengelakkan kes seumpama ini berulang. 

Sumber


Category: Semasa

Leave a Reply