Sering tenung meja, digelar murid tiada kepala oleh guru lain- akhirnya guru ini dapat tahu punca sebenarnya

| December 6, 2017 | 0 Comments

Tindakan seorang guru ini harus dipuji oleh semua orang sama ada netizen terutama bagi golongan pendidik. Guru ini menceritakan mengalaman beliau yang mempunyai seorang pelajar yang sangat pendiam, introvert dan tidak mahu bergaul dengan orang sekelilingnya.

Pelbagai cara digunakan untuk mendekati pelajar tersebut, melalui komunikasi atau tingkah laku sehinggakan guru ini menemui sebab dan penyelesian nya.

Kisah bermula apabila guru in mempunyai seorang pelajar berbangsa Cina yang pendiam dan sangat pemalu. Nak dengar suara dia pun, punyalah susah. Lebih susah daripada mengajar pelajar-pelajar nakal. Nama dia Yip Kah Shzen.

Tengok sajalah muka pelajar dengan guru dalam gambar ni, korang dah boleh bayangkan macam mana dorang berinteraksi kan? Haha! Pertama kali mengajar kelas 4Einstein, guru ini langsung tak perasan kewujudan Kah Shzen di dalam kelas beliau. Tambahan pula, kelas tersebut pelajarnya agak bising.

Pada mulanya, guru ini seperti biasa bertanya setiap seorang nama pelajar. Selepas sorang demi sorang, sampai giliran pelajar tersebut, dia senyap, duduk dan pandang meja. Tiada jawapan walapun sudah ditanya berkali-kali, dia tetap duduk dan pandang meja. Pelajar tersebut rupa-rupanya seorang yang pemalu.

Guru ini mengambil langkah untuk mengubah kedudukan meja di dalam kesan. Kah Shzen, diletakkan pada bahagian hadapan agar senang dipantau oleh beliau. Beliau ada bertanya kepada pelajar lain, macam mana cikgu-cikgu lain mengajar? Jawapannya cikgu lain langsung tak ambil kisah mengenai Kah Shzen.

Beliau mengambil untuk tutur dalam Bahasa Cina dan setiap kali kelas, beliau mengambil langkah untuk mendekati Kah Shzen. Suatu hari, cikgu ini memeriksa buku latihan dia, rupanya selama ini dia mencatit setiap perkara yang diajar. Latihan sekolah juga siap dan dihantar tepat pada masa.

Guru ini merasakan pelajar tersebut memerlukan perhatian, bukan dungu seperti layanan guru lain terhadap dia. KS mula berinteraksi dengan guru ini melalui Whatsapp mahupun komunikasi, walaupun sedikit, ia sangat bermakna bagi beliau.

Sumber : Orked



Sumber


Category: Trending

Leave a Reply