‘Saya bawa lori, susah nak keluar masuk balik, lagipun ini anak sulung, saya tak tahu kena bayar berapa’

| January 11, 2018 | 0 Comments

Adakalanya sesuatu kejadian yang berlaku itu ada hikmahnya tersendiri. Sama ada untuk diri kita ataupun insan-insan yang lain. Sebagai contoh, anda baru saja keluar dari rumah dan jaraknya 6 kilometer, tetapi anda tertinggal sesuatu di rumah. Lantas terpaksa patah balik ke rumah dalam keadaan merungut biasanya. 

Namun, apabila keluar kembali melalui jalan yang sama, rupa-rupanya ada kemalangan yang baru saja berlaku. Bayangkanlah kalau ketika itu anda yang melalui jalan itu tadi dan terlibat dalam kemalangan itu? 


Berbeza sedikit dengan situasi yang berlaku pada lelaki ini, namun kejadiannya juga bersebab di mana dia dapat membantu mempermudahkan urusan seorang pemandu lori yang kekurangan wang untuk membayar yuran kafa anak sulungnya. Semoga bermanfaat. 

PAGI tadi pergi bayar yuran KAFA #kakakjasmine. Sampai – sampai je tengok Ustaz yang jaga proses pembayaran untuk kelas kakak tu keluar kejap.

Sambil menunggu tu terperasan sorang lelaki kat meja sebelah tengah bayar yuran anak dia. Ustazah tu tanye Ustazah sebelah lagi boleh tak kalau lelaki tu nak bayar yang basic je. Ustazah tu pun tak boleh bagi jawapan sama ada boleh ke tak sebab bayaran yang asas tu pun macam tak cukup.

Dengar lelaki tu cakap “saya bawak lori, susah nak keluar masuk balik nie. Lagipun nie anak sulung, saye pun tak tahu kena bayar berapa.”

Sedang mereka berdua tengah keliru, saya menyampuk. Saya tanya berapa yang tak cukup tu. Dia cakap dalam 100. Saya pun cakap takpe, saya pinjamkan dulu. Nanti bank in je kat saye.

Selepas bertukar-tukar nombor dan berkenalan sedikit, selesai urusan dia. Saya pun dah whatsapp nombor akaun. Lepas salam-salam dia pun berlalu pergi. Saya pulak yang lega sebab dapat permudahkan urusan dia. Saya dapat bayangkan macam mana lecehnya kalau dia nak keluar pergi atm dan datang balik dengan lori. Lagipun dia macam saya anak sulung baru nak masuk sekolah. Memang kalut – kalut sikit.

Mungkin ada hikmah dia saya terpaksa menunggu untuk buat pembayaran sekolah KAFA anak saya tu. Kalau saya cepat selesai tadi mesti masalah lelaki tadi tak selesai.

Setiap manusia ada masa sukar dan senang. Hari nie lelaki tu ade masalah, mungkin hari esok kita pulak kan? Mungkin situasi nie tak la susah mana. Cuma rasanya kita semua pernah alami keadaan di mana kita rasa alangkah bagusnya kalau ada orang tolong kita mase tu. Syukur saya dapat realisasikan keadaan nie.

Saya bukan menunjuk. Tapi saya berharap supaya sesiapa yang membaca post nie dapat melapangkan dada untuk memudahkan urusan orang lain tak kira la dengan apa cara sekalipun.

Semoga bermanfaat.

Sumber


Category: Santai

Leave a Reply