Dr M dan Siti Nurhaliza Individu Yang Paling Dikagumi di Malaysia, Korang Rasa Najib No Berapa??

| April 15, 2018 | 0 Comments

PM Najib pasti tersedak baca berita ni!

Menerusi sebuah survey yang dijalankan firma penyelidikan YouGov di UK, Tun Dr. Mahathir Mohamad nampaknya dah dinobatkan sebagai individu PALING dikagumi di Malaysia. Wow!

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang juga berusia 93 tahun ni dah mendapat 15% undian dengan mengalahkan pengasas Microsoft, Bill Gates di tempat kedua yang hanya dapat 8.30% undian je. Opss sorry Bill Gates! Selain Bill Gates, pelakon Jackie Chan juga antara yang dikagumi rakyat Malaysia dengan mendapat 7.70%.

Bagi kategori wanita pulak, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tempat pertama sebagai individu yang paling dikagumi rakyat Malaysia dengan undian survey sebanyak 14.10%. Wow rezeki baby tu Tokti! Manakala isteri Dr. Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali menduduki tempat kedua dengan 10.10%.

Sumber: The Star
Individu lain yang menarik perhatian admin di dalam list ni juga ialah pelakon antarabangsa, Michelle Yeoh serta dua usahawan wanita hebat seperti Vivy Yusof dan Neelofa yang berada di tempat ketiga meskipun dihimpit kontroversi kelab malam Zouk.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terkecuali dalam list ni dengan masing-masing mendapat tempat ke 15 dan 25 sebagai individu paling dikagumi di Malaysia. Wuuu.. I love my PM!


Sumber: Blog
Ni list lengkap bagi korang yang tertanya-tanya sama ada idola korang ada tak tersenarai sebagai individu paling dikagumi di Malaysia:


Sumber: YouGov
Dan ini pulak list bagi individu yang paling dikagumi dalam dunia. Ps: Donald Trump nombor 17! Obama pulak nombor dua!


Sumber: YouGov
Siapakah individu yang paling korang admired? Kalau admin korang takyah tanyalah. Mestilah Siti Nurhaliza. Muehehe! Kongsikan bersama kami di ruang komen ye!

 

sumber: lobakmerah.com

Dalam perkembangan lain, Tun M nafi miliki saham The Loaf

BUKIT KAYU HITAM – Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan beliau tidak memiliki sebarang saham dalam kedai roti premium, The Loaf yang menutup perniagaannya baru-baru ini.

Tun Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media berkaitan laporan kedai roti berkenaan menutup perniagaannya selepas beroperasi selama 12 tahun.

Katanya, setakat ini beliau hanya mempunyai 200 unit saham dalam sebuah syarikat tembakau dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

“Saham terbabit dianugerahkan kepada saya selepas merasmikan syarikat itu ketika menjadi perdana menteri sebelum ini,”katanya, ketika ditemui selepas ceramah Selamatkan Felda! Selamatkan Malaysia di Felda Bukit Tangga, di sini malam tadi.

Sebelum ini, satu notis penutupan The Loaf yang mempunyai 12 cawangan itu dimuat naik dalam media sosial bertarikh 9 April lalu yang ditujukan khusus untuk pelanggan mereka.

Notis itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa ia ditutup sebaliknya hanya berkata berpuas hati berjaya mencapai objektif utamanya.

Ia turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggannya di atas sokongan diberikan kepada mereka sepanjang 12 tahun.


Category: Berita, Global

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *