Che Ta padam video anak pakai bikini –

| April 14, 2018 | 0 Comments

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rozita Che Wan, mengambil pendekatan memadamkan video anaknya, Aaisyah Dhia Rana, yang berbikini selepas dinasihatkan berbuat demikian oleh netizen.

Mereka menyifatkan perkongsian terbabit agak keterlaluan dan mampu menarik perhatian golongan pedofilia.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata, beliau berkongsi video terbabit di Instagram semata-mata kerana keletah anaknya.

“Saya memuat naik video itu sekadar suka-suka, selepas melihat keletah anak yang lucu. Saya juga pada awalnya tidak membaca pun komen yang ditinggalkan pengikut dan netizen.

“Beberapa hari selepas itu, barulah saya perasan komen mereka yang memohon video berkenaan dibuang. Jadi, saya padamkan video terbabit. Saya memang tiada masalah untuk berbuat begitu,” katanya kepada BH Online.

Baru-baru ini, video Aaisyah, 3, di akaun Instagramnya, @aaisyahdhiarana111, menjadi perhatian netizen yang menyifatkan rakaman kanak-kanak itu memakai bikini agak keterlaluan.

Rata-rata memohon isteri pelakon, Zain Saidin, itu memadam video terbabit kerana risau ia mungkin akan digunakan golongan pedofilia untuk tujuan tidak baik.

“Janganlah ‘post’ gambar Aaisyah yang seksi. Sekarang manusia boleh pandang dengan pandangan nafsu. Nauzubillahiminzalik. Kasihanilah anakmu,” tulis @adlyn_lan.

“Pedofilia berada di mana-mana, semoga semua dijauhi daripada mata-mata yang jahat,” kata @rizsaila.

“Comel memang comel, tetapi penggila seks kanak-kanak merata-rata sekarang. Hati-hati ya Che Ta,” tulis @fitkbi pula.

Dalam pada itu, ada juga yang memberi komen positif dengan menyifatkan Aaisyah seorang yang lucu, selain sebahagiannya mengaku terhibur melihat keletah kanak-kanak terbabit.

Video berkenaan mendapat lebih 175,000 tanda suka dan hampir 600 komen.

Aaisyah antara anak selebriti yang cukup popular dan sehingga kini, akaun Instagramnya diikuti oleh lebih 1.2 juta orang.

sumber:jombaca.org

Category: Terbaru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *