Belum habis rakam lagi, netizen dah pakat nak ‘dislike’ ramai-ramai klip video kedua Sajat dan Aliff Syukri nanti

| December 6, 2017 | 0 Comments

Baru-baru ini, Aliff Syukri telah terbang ke Sepanyol bersama-sama dengan rakan baiknya, Nur Sajat untuk menjayakan rakaman klip video kedua mereka setelah klip video pertama mereka mendapat jumlah dislike yang tertinggi dalam tempoh satu minggu ianya dimuatnaik ke dalam laman Youtube.

Menurut Aliff Syukri beliau terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk merakam klip video terbaru beliau ini bagi memenuhi kehendak peminat-peminatnya yang sangat demanding.

Tambah jutawan kosmetik itu lagi, apabila selesai saja rakaman klip ini nanti, klip video ini akan menjadi klip muzik video yang paling mahal yang pernah dirakamkan di Malaysia setakat ini.

Namun, meskipun rakaman itu baru saja berlangsung, ramai netizen telah standby dan bersiap sedia untuk meng-dislike video Nur Sajat dan Aliff Syukri apabila video itu dimuatnaik ke laman Youtube nanti.

Salah seorang pengguna Facebook,  telah mencadangkan supaya netizen daripada laman Twitter, Facebook dan Instagram bersatu-padu meng-disklike sekiranya klip video itu dimuatnaik ke dalam laman Youtube nanti.

 

Setakat ini, klip video, Abang Nak Tegur – Aliff Syukri feat. Nur Sajat telah pun mencatatkan jumlah dislikes tertinggi sebanyak 179,000 dislikes dan ditonton lebih daripada dua juta tontonan.

Difahamkan jumlah dislikes yang luar biasa tingginya itu adalah berpunca daripada lirik dan lagu yang dinyanyikan pleh Aliff Syukri sebaliknya ianya disebabkan oleh perasaan meluat orang ramai yang menyampahg melihat aksi Nur Sajat yang terkinja-kinja di dalam klip video tersebut. Tidak kurang pula yang mengatakan suara Nur Sajat yang di-‘kepit-kepit’ itu telah memaksa mereka untuk menekan butang dislikes serta-merta.

Sumber


Category: Trending

Leave a Reply